Essay

  Alhamdulillah bersyukur segala penat lelah berjaga siang malam pagi petang untuk studio RUS 104 ini akhirnya membuahkan hasil. Menjadikan diri ini lebih menghargai diri sendiri, mendisiplinkan diri, segalanya lah. Permulaan projek yang agak mencabar bagi diri sendiri, sebab tiada minat dan kemahiran dalam bidang lukisan. Tetapi ramai pihak yang membantu dari segi sokongan dan tunjuk ajar. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami, dan kawan-kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan bantuan paksa rela.=) hehe...

   Tugasan yang diberikan sepanjang saya berada di studio RUS 104 ini agak mencabar. Dari tugasan projek 1 hingga projek 8 pelbagai pengalaman pahit dan manis yang saya lalui. Daripada kerja individu, kepada kerja berkumpulan, mengajar saya banyak perkara. Susah dan senang, suka dan duka di hadapi bersama. Tolong - menolong adalah perkara paling penting dalam subjek ini. Alhamdulillah akhirnya selesai studio RUS 104 semester 1 dengan baik. Semoga apa yang di laksanakan diberkati oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment